Thursday, 5 January 2012

Perkongsian: Manusia adalah Khalifah

"Ok. Ok. Saya rasa dah terlalu banyak perasaan dan emosi yang mencurah-curah dicurahkan dalam blog ni yang orang pun tak faham dan tak mendapat manfaat daripadanya. Maka, azam baru 2012 adalah untuk menge'share' ilmu2 yang dituntut sepanjang proses memperbaiki diri dalam blog penuh emosi nih. Tehee!"



Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah Al-Baqarah: ayat 30]


Berdasarkan ayat tersebut, Malaikat sendiri pun mengetahui bahawa manusia ni dilahirkan dengan sifat tergopoh-gapah. Manusia ni kalau dah jahat tu, memang suka la kan buat bencana2, berbunuh-bunuhan, hasad dengki, iri hati dan sebagainya. Tapi. Kenapa Allah tetap juga pilih manusia untuk dijadikan khalifah di muka bumi Allah? Ahaa!


Hmm. Macam ni, makhluk ni ada 3 jenis tau.

Malaikat - Akal tanpa nafsu
Haiwan - Nafsu tanpa akal
Manusia - Akal beserta nafsu

So, macam yang kita semua tahu, malaikat ni akan turut je apa jua perintah Allah dan sentiasa je beribadah kepadaNya setiap waktu. Haiwan pula takde akal, maka dia hanya lakukan setiap perkara tu mengikut fitrah dia sebagai haiwan.

Tetapi....Manusia ni Allah cipta SPECIAL. Ada akal. Ada nafsu. Ahaa! Kat sini la, hikmah diciptakan manusia itu sebagai khalifah. Bila manusia menggunakan akal untuk mengawal nafsunya, maka dia akan lebih hebat daripada malaikat. Sebaliknya, bila manusia hanya menurut nafsu sehingga menguasai akalnya, maka jadilah dia lebih teruk daripada binatang.

Apa? Tak nampak lagi? Iyela, cuba bayangkan, Malaikat ni Allah jadikan tanpa nafsu. So, confirm2 la mereka akan turut je perintah Allah tanpa sebarang halangan. Betul tak? Takde apa2 yang boleh ganggu ketaatan mereka sebab mereka tiada nafsu. Takde rasa nak makan, takde rasa nak tidur, takde rasa nak bercinta, eh? Hehe. Pendek kata, Malaikat ni sempurnalah bab2 ketaatan kepada Allah. Akan tetapi, manusia ni dicipta dengan akal bersama-sama nafsu dalam dirinya. Ada rasa nak makan sedap2, rasa nak bershopping banyak2, semualah rasa2 yang ada kat dunia ni. So, kalau semua rasa2 tersebut dapat dikawal dengan baik oleh akal, korang tak rasa ke kita lagi hebat daripada malaikat. Yela, malaikat kan dah tentu2 lah baik dan patuh akan suruhan Allah. Kita ni nak kena berusaha guna akal untuk kawal nafsu, barulah betul2 dapat mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Susahkan? Maka, kalau berjaya guna akal, hebat tak? Mestilah hebat!

Contoh lain la, bayangkan kalau kita ada final exam hujung semester. Kawan kita ni, memang dah tau la semua jawapan sebab cikgu suruh dia buat latihan untuk exam je. Dah tentu2lah score kan? Kita pula, cikgu ajar semua silibus yg banyak tu dan kita kena belajar la macam2 untuk jawab soalan exam yang tah brape kerat je tu. Pastu kena wat esaimen lagi, tutorial lagi, nak main-main lagi. Tapi kita usaha la jugak, sebab nak pointer tinggi kan.. Tup2, bila result keluar, kita dapat A+ sama cam kawan kita yang tadi. Aha! Hebat tak kita??

Begitulah hikmahnya kenapa manusia terpilih sebagai khalifah kat muka bumi ni. Sebab manusia ada akal dan nafsu. Ingat, nafsu tu fitrah. Semua manusia Allah ciptakan punya nafsu. Maka, kita tak dapat menghalang nafsu kita. Tapi dengan nafsu, Allah cipta akal untuk kita gunakan supaya dapat mengawal dan mengurus nafsu. Nafsu itu tak salah, tapi hawa nafsu tu yang salah kerana hawa itu sendiri bermaksud berlebih-lebihan. Manakala akal pula haruslah digunakan dengan iman. Wallahua'alam.





p/s: Sekadar berkongsi pengisian yang saya belajar dan apa yang saya faham daripadanya. 
Sebarang kesilapan, saya iringi dengan maaf yang tak terhingga,
sebarang teguran saya terima dengan hati terbuka..=)





Wednesday, 4 January 2012

Thanks ya Rabb!



Nothing much to say.


Just,
Thanks Allah for giving me such a beautiful family.
Thanks Allah for giving me such a great father.
Thanks Allah for giving me such a superb mother.


Kami bukan siapa-siapa.
Hanya orang biasa-biasa.
Malah pernah lalui lorong gelita.
Namun mungkin kerna berkat doa mak
yang tak pernah kenal erti putus asa,
Ayah, aku dan adik2 kini mula mencari cahaya.
Mula keluar dari kepompong alpa.


Syukur ya Allah.
Mohon ditetapkan hati-hati kami pada jalanMu.
Juga hati orang-orang yang bersama kami=)


Thursday, 29 December 2011

Just a Post #7

Masih lemah dan lemah lagi.
Taktau sampai bila.
Hanya mampu mohon diberi kekuatan.
Moga diampun dosa yang lalu,
yang sering menghantui kehidupan hari ini.


#notetomyself
Please wake up and live,
there is a lot of things that you can do
other than thinking about the same thing
again and again.

Monday, 28 November 2011

Pathway.



Pilihan.
Kita punya pilihan dalam hidup.
Sama ada bergerak ke arah kebaikan
atau menurut kemahuan yang terarah kepesongan.



Seringkali pula aku salah dalam membuat pilihan.
Namun, aku bersyukur kerana setiap kali itu juga
 Dia sering mengingatkan.


Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang Kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh
Kembali ke pangkal jalan.